Kalau sebelum ini Rozana Misbun telah menjawab secara panjang lebar tuduhan yang dilemparkan Awie kepadanya, kali ini pula giliran anak perempuan Awie, Puteri Aleeya Antasha membuat pendedahan mengenai penipuan Rozana Misbun.
Sebetulnya, kami sendiri tak tahu siapa betul siapa salah, jadi terpulang kepada korang semua sebagai pembaca untuk membuat penilaian sendiri.
Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun.
Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.
Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)
Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.
Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha: - Hotlips
0 Komentar untuk "MENGEJUTKAN! Puteri Aleeya Antasha anak perempuan Awie dedah penipuan Rozana Misbun"