Akibatnya, ramai pihak mula membuat spekulasi.
Lagi memburukkan situasi, ada segelintir yang cetek ilmu pun cuba masuk campur dengan menuduh ketiga-tiga anak hasil perkongsian hidup pasangan tersebut merupakan anak tak saf taraf! Kejam betul, kan?
Memetik laporan portal Murai, tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh kakak kepada Rozana, iaitu Haliza Misbun.
Pelakon tersebut berkata, dia mempunyai bukti bahawa perkahwinan adiknya bersama Awie sah di sisi hukum syarak.
“Saya punya bukti kukuh bahawa pernikahan antara adik saya Rozana dan Awie sememangnya pernah berlaku pada 20 Jun 2005 di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand, dan sah dari sisi hukum syarak.
Label anak luar nikah yang dilemparkan kepada anak-anak saudara saya secara membuta-tuli oleh segelintir pihak bukan sahaja kejam malah menggambarkan ceteknya pengetahuan mereka dari sudut ini selain turut menyerlahkan budaya masyarakat kita yang begitu cepat menghukum dan bertepuk tangan melihat kesengsaraan orang lain.”
Ujarnya lagi, sekiranya status sijil nikah diputuskan sebagai tidak sah, maka hak penjagaan yang diperolehi Awie sekarang bakal berpindah milik kepada Rozana.
Bukan itu sahaja, status anak-anak akan jatuh di bawah Wathie Syubhat yang membawa erti anak-anak menjadi hak ibu sepenuhnya.
“Istilah Wathie Syubhat bukan bererti ‘anak tidak sah taraf’. Ia bukan bermaksud anak luar nikah!
Ketiga-tiga anak tersebut kini secara tak langsung di bawah Wathie Syubhat selagi urusan pengesahan serta pendaftaran pernikahan ibu bapa mereka tidak dilakukan di negara ini mengikut prosedur yang sepatutnya,” tegas pelakon tersebut.
Istilah Wathie Syubhat membawa erti anak yang lahir daripada pernikahan yang sah dari hukum syarak namun diragui statusnya berikutan pernikahan terbabit tidak diurus atau didaftarkan mengikut lunas undang-undang negaranya.
Senang cakap, dalam mana-mana krisis rumah tangga, pihak yang paling terkesan adalah anak-anak, justeru diharapkan Awie mahupun Rozana dapat mencari jalan penyelesaian dan tidak memanjangkan kes tersebut.
Dan pada pihak di luar yang tak tahu menahu hujung pangkal cerita, ada baiknya tidak menimbulkan sebarang spekulasi. Tak pasal-pasal, anda kena tanggung dosa percuma pulak sebab menfitnah! -Mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Anak-Anak Saudara Saya Bukan Anak Luar Nikah – Haliza Misbun"