PERSEMBAHAN TUAH TARIK PERHATIAN JURI #MENTORLEGEND

PROTEGE Mentor Legend, Tuah menang persembahan terbaik pada malam Konsert saingan ke-2 Kumpulan A, Ahad lalu sekali gus menewaskan dua lagi saingannya, Sarah dan Fahmie.

Menerusi lagu Secangkir Madu Merah, gandingannya dengan Aina dari Kumpulan B nyata berjaya menarik perhatian dan undian semua juri termasuk juri tetap, Azmeer dan Adlin Aman Ramli.

Sebelum itu, Tuah menyampaikan lagu Gugurnya Bunga Cinta dengan menonjolkan kekuatan vokalnya yang tinggi.


“Persembahan Tuah memang hebat. Selain vokalnya yang jelas dan lantang, persembahannya cukup menghiburkan. Tuah berjaya untuk masukkan elemen lakonan dan sedikit lawak dalam persembahannya.

“Memang tidak dinafikan bahawa semua protege mempunyai pakej vokal yang bagus. Semua dah matang dalam nyanyian. Hampir setiap minggu kami tidak banyak komen tentang suara. Namun yang membezakan mereka di atas pentas ini adalah pengisian persembahan mereka,” kata Adlin.

Sementara itu, protege Ajai, Fahmie menunjukkan peningkatan yang baik serta membuktikan dirinya layak berada di pentas tersebut bukan sekadar bersandar kepada rupa.

Manakala, protege Amy Search, Sarah memulakan persembahan dengan sedikit hambar melalui lagu Matahariku berbanding persembahannya pada konsert saingan pertama, beberapa minggu lalu.

Setakat ini melalui markah yang terkumpul dari konsert saingan pertama, Tuah mendahului dengan 139 markah diikuti Sarah 133 markah dan Fahmie 132 markah.
0 Komentar untuk "PERSEMBAHAN TUAH TARIK PERHATIAN JURI #MENTORLEGEND"

Sponsor Ads close

Sponsor Ads


 
Copyright © 2014 insan sepi - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info